Harimau Malaya Kalah 6-0, Pengguna Media Sosial Salahkan GST

Disebalik duka ada bahagia.

 

Mungkin itu yang dapat digambarkan mengenai kekalahan besar pasukan bola sepak kebangsaan kepada Palestin dengan enam jaringan.

 

Malaysia yang bermain di tempat sendiri melawan pasukan negara yang sedang dilanda peperangan itu untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 memberikan persembahan yang sangat mengecewakan ramai penyokong tempatan.

 

Namun, disebalik kedukaan terhadap keputusan yang memalukan itu, rakyat Malaysia telah meluahkan pandangan secara sinis di media sosial dengan mengaitkan jaringan perlawanan itu sebagai cukai kontroversi yang mendapat kecaman ramai iaitu merujuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 

“6-0 ibarat 6% GST, ini semua tak masuk akal,” tulis seorang pengguna Twitter.

 

“Sebenarnya keputusannya seri 0-0. Lepas campur GST jadilah 6-0,” kata seorang pengguna lain.

 

 

Antara komen-komen yang lain termasuklah:

 

“Bolasepak kita pon nampaknya tak terkecuali dari GST.”

 

“Palestin tak ada GST. Sebagai negara yang mengamalkannya, kita memberi penerangan mengenai GST kepada mereka.”

 

Bagi setengah pihak mengatakan GST ini adalah untuk jangka masa panjang sebenarnya menguntungkan negara.

 

Seperti komen pengguna Facebook dan Twitter, marilah kita bersama-sama berharap agar kekalahan besar ini menguntungkan bola sepak kita juga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.