Donald Trump Umum Bertanding Jawatan Presiden Amerika

Hartawan media, Donald Trump membuat pengumuman akan bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada pemilihan akan datang.

 

Ia tidak memeranjatkan kerana sebelum ini beliau membayangkan akan membuat pengumuman mengejutkan.

 

“Saya secara rasminya mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat dan kita akan menjadikan negara kita kembali terbaik,” katanya ketika berucap di Trump Tower pada Selasa.

 

Bukan itu sahaja, dalam ucapan yang sama, dia juga mengumumkan bersedia menerima selebriti dalam pasukannya.

 

Antara nama yang disebut, Oprah Winfrey yang akan bertanding sebagai calon Timbalan Presiden.

 

“Saya rasa Oprah sangat hebat dan harap dia menyertai saya. Kita boleh menang mudah,” katanya lagi.

 

Bagi mendapat perhatian, Trump menggunakan modal politik dengan mengutuk dasar luar dan ekonomi Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama.

 

“Betapa bodohnya pemimpin kita! (?).

 

“Dia menolak Perjanjian Perdagangan Bebas yang sebenarnya sesuatu yang efektif jika kita memiliki orang-orang cerdik pandai mengendalikannya, tetapi kita mempunyai orang yang bodoh,” katanya.

 

Mengenai program Obamacare, Trump menggambarkan ia sebagai satu usaha penipuan dan malapetaka serta perlu diganti dengan satu program yang lebih hebat dan kos efektif.

 

“Ia akan menjadi lebih ‘menjahanamkan’ pada masa-masa akan datang jika dibiarkan,” katanya yang dipetik daripada Daily Mail UK.

 

Sebelum ini, namanya pernah disebut untuk bertanding mewakili Republican pada pemilihan akan datang. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.