Akaun Bank FIFA Mencurigakan – Bank Swiss

Zurich – Bank Swiss melaporkan akaun Fifa yang mencrigakan, menurut Peguam Negara Switzerland, lapor BBC.

 

Michael Lauber berkata pejabatnya telah menganalisis satu “jumlah besar” dalam data Fifa yang disita untuk siasatan rasuah.

Katanya, beliau tidak menolak wujudnyasoal-siasat dengan Presiden FIFA, Sepp Blatter sebagai sebahagian daripada penyiasatannya.

 

Siasatan boleh membawa kepada pembukaan semula proses pembidaan untuk 2018 dan 2022 Piala Dunia.

 

Fifa menghadapi dakwaan rasuah yang berleluasa selepas polis Switzerland menyerbu sebuah hotel di Zurich dan menahan tujuh eksekutif tertinggi pada bulan lepas.

 

Kesemua mereka telah ditahan atas permintaan jabatan keadilan AS.

 

Siasatan utama dikendalikan oleh pihak FBI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.