MP Dap Tidak Dapat Terima Jawapan Menteri ” Malaysia Sebuah Negara Islam”

17 JUN: Sidang Dewan Rakyat pada Selasa yang mulanya berjalan dengan teratur tiba-tiba bertukar tegang sebaik sahaja tamat sesi pertanyaan jawap lisan.

Puncanya apabila ahli parlimen DAP Sibu, Oscar Ling Chai Yew tiba-tiba bangun mengemukakan peraturan mesyuarat 36 (12) mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan boleh dianggap menghina Dewan Rakyat.

Oscar merujuk kepada jawapan pertanyaan lisan beliau mengenai status negara ini yang dijawap secara bertulis oleh Jamil Khir pada Khamis lalu yang menegaskan bahawa berdasarkan fakta sejarah, Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular.

Menurut Jamil Khir fakta sejarah menunjukkan raja-raja Melayu merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan kenyataan itu diperkukuhkan berdasarkan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan namun tidak menghalang agama lain diamalkan di negara ini.

Namun Oscar berpendapat fakta itu hanya terpakai untuk penubuhan Persekutuan Malaya pada 1957, namun ketika penubuhan Malaysia pada 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai gagasan Malaysia atas dasar bahawa statusnya adalah negara sekular.red more-http://www.bnbbc.my/?p=16058

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.