MP DAP Dakwa Najib Kerap Ponteng Sidang Parlimen

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen DAP, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan kerap ‘ponteng’ sidang Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Beliau yang mewakili kawasan parlimen Bakri mendakwa, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya hadir 26 kali ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan.

“Tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah Menteri menjawab setiap pertanyaan.

Menurut ahli Dewan Negara, Senator Shahanim Mohd Yussof  isu yang dibawakan itu jelas membuktikan DAP seperti terdesak dan kehabisan modal.

Beliau yang di temui petang tadi, menyifatkan isu yang dibawa itu jelas menunjukkan ketidakmatangan seorang ahli parlimen dan sengaja membangkitkan isu yang remeh-temeh untuk mencari publisiti murahan.

“Sebagai perdana menteri, Najib mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk membangunkan negara.

“Soalan yang dikemukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak memerlukan Perdana Menteri untuk hadir kerana ia boleh dijawab oleh ahli kabinet yang lain” ujarnya.

Menurut Shahanim rakyat bukan bodoh untuk dimomokkan dengan isu yang remeh-temeh seperti ini.

Teck Hwa memetik Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Er cuba membangkitkan isu tersebut dalam ucapan penangguhannya esok, namun ditolak Setiausaha Dewan Rakyat atas alasan ia ‘bukanlah berkenaan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungan Kerajaan’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.