Kerana Kontroversi Bible Dan Kalimah Allah : PAS mahu Selangor Hapus Kuasa Eksekutif MAIS

Kuala Lumpur – Empat MP PAS dari Selangor menggesa kerajaan negeri agar meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi.

Dalam sidang media bersama di lobi parlimen hari ini, mereka berkata MAIS adalah institusi yang dilihat rapat dengan Sultan Selangor.

“Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi (Istana) itu sendiri,” kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Turut hadir dalam sidang media itu Hanipa Maidin (PAS-Sepang), Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), dan Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat).

Mereka berkata demikian sebagai maklum balas kepada keengganan MAIS dan JAIS untuk memulangkan Bible bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.