Dunia Islam Perlu Bangkit Sebagai Sumber Harapan dan Penyelesaian – PM Anwar

- Advertisement -

Kazan, Rusia – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dunia Islam harus bangkit sebagai satu kekuatan kolektif yang membawa harapan dan penyelesaian kepada dunia yang semakin berpecah dan pincang akibat konflik, ketidaksamarataan serta ketegangan geopolitik.

Dalam hantaran di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri berkata, dalam ucaptamanya di KazanForum 2025, beliau menekankan bahawa umat Islam mesti memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, teknologi, kewangan Islam dan pembangunan insan sebagai asas membina kekuatan bersama yang progresif dan berteraskan nilai.

Nilai industri halal global kini melebihi AS$3 trilion, namun potensi ini belum diteroka sepenuhnya. Dunia Islam perlu serius meneroka dan membangunkan sektor ini sebagai sumber ekonomi strategik, yang bukan sahaja bermanfaat kepada negara Islam, malah seluruh dunia,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia menyambut baik usaha KazanForum dalam membina sinergi antara negara-negara Islam dan Persekutuan Rusia, khususnya menerusi komitmen kepimpinan Rais Rustam Minnikhanov yang disifatkan beliau sebagai tulus dan pragmatik.

Perdana Menteri turut menyorot kepentingan peralihan tenaga dan transformasi digital, serta mencontohkan inisiatif ASEAN Power Grid yang menghubungkan sistem tenaga serantau sebagai model kerjasama rentas sempadan yang boleh dicontohi dunia Islam.

“Namun segala kemajuan material mesti disulami nilai dan akhlak. Dalam dunia yang dilanda hipokrasi dan sikap pilih kasih terhadap penderitaan manusia, kita perlu kembali kepada asas ihsan, kemanusiaan, keadilan dan kasih sayang,” tambah beliau.

Anwar turut merujuk secara khusus kepada krisis kemanusiaan di Gaza sebagai contoh nyata bagaimana nilai kemanusiaan diketepikan hanya kerana pertimbangan kuasa dan geopolitik.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Rais Rustam Minnikhanov atas sokongan mereka terhadap KazanForum yang menjadi platform dialog antara dunia Islam dan Rusia. Beliau turut menyeru agar suara anak muda diberi ruang dan pertimbangan serius dalam membentuk masa depan.

Mengakhiri ucapannya, beliau mengangkat semangat perjuangan dan ketabahan rakyat Tatar yang menurutnya terserlah sejak dahulu, seperti yang digambarkan oleh penulis tersohor Leo Tolstoy dalam novel Haji Murat, serta puisi patriotik penyair Tatar, Gabdullah Tukai,

To whom only life in malicious conflict was not? In your struggle to it do not concede at all.”

Dato’ Seri Anwar kini berada di Tatarstan, Rusia, dalam rangka lawatan kerja sempena KazanForum 2025 sebuah platform ekonomi dan budaya antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, tokoh korporat dan pemikir dari negara-negara Islam serta Persekutuan Rusia.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat