71 Sekolah di KL dan Selangor Laksana PdPR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

- Advertisement -

KUALA LUMPUR,- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mei 2025, sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, langkah itu diambil bagi mengelakkan gangguan kepada sesi persekolahan ekoran penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang dijangka berlaku di sekitar lokasi persidangan.

“Cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

KPM turut menasihatkan ibu bapa, penjaga dan murid supaya merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR sepanjang tempoh berkenaan.

Kementerian yakin bahawa pengalaman guru dan murid dalam melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan dalam situasi bencana sebelum ini akan dapat memastikan kelangsungan pembelajaran yang efektif tanpa menjejaskan kesejahteraan warga sekolah.

Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Convent Bukit Nanas, SMK La Salle, SK Cyberjaya, SK Kampung Baru, dan SJKC Kuen Cheng 1, merangkumi sekolah rendah dan menengah di daerah Petaling Utama, Petaling Perdana, Sepang, Keramat, Sentul dan Bangsar/Pudu.

Senarai penuh sekolah terlibat boleh dirujuk melalui laman web rasmi KPM atau pihak pentadbiran sekolah masing-masing.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat