Video : PM Peluk Mat Over, David Teo

PUTRAJAYA – Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni yang menimbulkan kekecohan tadi berkesudahan dengan baik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeluk dan mengarahkan kedua-dua penggiat seni itu bermaafan berhubung insiden kekasaran sebentar tadi.

Terdahulu, insiden itu berlaku apabila pelawak Sulaiman Yassin atau dikenali dengan panggilan Mat Over itu didakwa mengasari penerbit David Teo di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mat Over didakwa mengasari David susulan penerbit itu menghamburkan perkataan kurang sesuai di hadapan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, keadaan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Seramai 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni yang berlangsung di Seri Perdana di sini hari ini memberikan sorakan dan memuji PM yang sangat ‘cool’ ketika insiden itu berlaku.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.