Video : Majlis TN50 Kecoh..Mat Over Tampar David Teo Depan PM

PUTRAJAYA – Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni menimbulkan kekecohan apabila berlaku insiden kekasaran antara artis yang hadir.

Insiden itu berlaku apabila pelawak Sulaiman Yassin atau dikenali dengan panggilan Mat Over itu didakwa mengasari penerbit David Teo di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mat Over didakwa mengasari David susulan penerbit itu menghamburkan perkataan kurang sesuai di hadapan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, keadaan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Dialog yang dikendalikan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor kemudian diteruskan seperti biasa.

Malah, Rosyam turut meminta maaf berhubung insiden terbabit kepada PM.

Seramai 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni yang berlangsung di Seri Perdana di sini hari ini memberikan sorakan dan memuji PM yang sangat ‘cool’ ketika insiden itu berlaku.

Terdahulu, menerusi program itu, karyawan dan penggiat seni negara tidak harus dipinggirkan sebaliknya kedudukan mereka perlu diletakkan dalam arus perdana negara terutama menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menurut PM dalam ucapannya berkata penggiat seni bukan setakat penghibur tetapi boleh memainkan peranan dalam menentukan hala tuju negara bukan sahaja daripada sudut memajukan industri kreatif dan hiburan.

Katanya, jika mahu membentuk rupa bangsa dan membina nilai sikap serta budaya, sudah tentu ia bergantung pada penggiat seni terutama pelakon, penyanyi, pelawak dan pekerja industri hiburan.

“Penggiat seni boleh dijadikan idola dan ikutan. Jika penggiat seni mampu menjadi ikutan, mereka boleh bantu membentuk generasi akan datang untuk mengangkat martabat negara dan seterusnya dijadikan aspirasi negara.

“Pendekatan aspirasi negara sudah berubah dan era kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir di mana kini sudah tiba rakyat berkongsi minda dan aspirasi rakyat untuk membina kebersamaan antara kerajaan, ” katanya.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.