Malaysia Sasar Jadi 20 Negara Terbaik, Keselamatan Makanan

PUTRAJAYA – Malaysia sasar jadi 20 negara terbaik dunia daripada segi keselamatan makanan kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, penglibatan belia dalam bidang pertanian amat menggalakkan dan pihaknya kini berusaha meningkatkan minat golongan itu melalui pengenalan kepada teknologi terkini.

“Pembangunan infrastruktur menjadi komponen paling utama dalam memastikan keselamatan makanan negara yang ketika ini berada pada kedudukan 35 daripada 130 negara di seluruh dunia.

“Sebab itu kita perlu lihat keselamatan makanan ini dalam perspektif menyeluruh, misalnya Lebuhraya Pan Borneo dan Projek ECRL menjadi antara komponen penting dalam keselamatan makanan kerana ia menjadikan terdapatnya makanan yang diperlukan dengan lebih mudah,” katanya, lapor Awani.

Untuk itu, beliau berkata program Pameran dan Persidangan Livestock Malaysia 2017 menjadi platform penting untuk mempromosi dan memperkenalkan produk, teknologi, servis serta inovasi dalam industri makanan haiwan, ternakan dan daging.

Livestock Malaysia 2017 yang bakal diadakan di MAEPS Serdang bermula 28 September 2017 turut mempelawa golongan belia untuk mengambil bahagian bagi menambah pengetahuan tentang teknologi terkini dalam bidang penternakan pada program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.