Graduan Terima Kejutan, Bon Jovi Buat Persembahan Di Universiti

New Jersey – Graduan dan tetamu majlis konvokesyen Universiti Fairleigh Dickinson menerima kejutan apabila dihiburkan kumpulan rock terkenal, Bon Jovi.

Menurut AP, universiti itu telah memenangi pertandingan yang diadakan di seluruh negara untuk membawa kumpulan rock berasal dari New Jersey itu membuat persembahan pada majlis konvokesyen dengan menjana paling banyak interaksi di media sosial.

Penyanyi kumpulan itu, Jon Bon Jovi, yang dilahirkan dan dibesarkan di Sayreville, New Jersey, bercakap kepada graduan sebelum mempersembahkan ‘Reunion’, lagu mengenai pertemuan semula untuk berkongsi memori kehidupan mereka.

“Hari ini menandakan berakhirnya satu bahagian kehidupan anda dan permulaan yang lain,” katanya dari atas pentas di Stadium MetLife di Rutherford Timur, lapor BH.

Pertandingan dikendalikan MTVU, dan meminta pelajar seluruh negara menyatakan saat paling indah di kolej dengan hashtag #JBJReunionContes di Twitter.

‘Reunion’ dipersembahkan oleh Bon Jovi pada 2015 pada majlis latihan konvokesyen bagi Universiti Rutgers, dan muncul dalam album terbaru kumpulan itu, This House Is Not For Sale.

Kebanyakan pelajar tidak mengetahui Bon Jovi akan membuat persembahan hinggalah berada dalam stadium.

Walaupun dikenali pada tahun 1980-an dengan lagu popular seperti ‘Livin’ On A Prayer’, ‘You Give Love A Bad Name’ dan ‘Wanted Dead Or Alive’, album terbarunya berada di tangga pertama carta dan menjadi kumpulan terlaris di Amerika Syarikat pada tiga bulan pertama 2017, menjadikan ia popular dalam kalangan pelajar yang ibu bapa mereka menonton kumpulan itu di MYV beberapa dekad lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.