Pesawat Tentera Bawa Menteri Pertahanan Terhempas Di Laos

BANGKOK: Sebuah pesawat tentera Laos membawa pegawai tertinggi termasuk menteri pertahanan terhempas pada Sabtu di utara negara komunis itu, kata seorang pegawai Thai  tanpa memberi butiran mengenai kecederaan.

Pesawat itu membawa kira-kira 20 orang termasuk Menteri Pertahanan Douangchay Phichit, Gabenor Vientiane dan tokoh-tokoh terkenal, jurucakap kementerian luar Sek Wannamethee memberitahu AFP yang memetik maklumat daripada kedutaan Thai di Vientiane.

Tidak ada pengesahan daripada kerajaan komunis Laos ini.

Pada bulan Oktober tahun lepas kapal terbang awam yang dikendalikan oleh Lao Airlines terjunam ke dalam Sungai Mekong dalam cuaca buruk membunuh kesemua 49 orang penumpang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.