Mara Hasrat Tempatkan Pelajar Di Universiti Stanford

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhasrat menempatkan pelajar jurusan sains dan teknologi maklumat tajaannya ke universiti tersohor Stanford University di Amerika Syarikat buat kali pertama tidak lama lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan bagi mempermudahkan proses kemasukan memandangkan belum terdapat pelajar tajaan Mara ditempatkan di universiti tersebut.

“Kita tanya bagaimana proses untuk mempermudahkan penempatan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan adakah mereka iktiraf sistem transfer kredit kita.

“Kita telah pelawa mereka datang Malaysia dan lihat bagaimana institusi pembelajaran dan pengurusan di Mara. Bagi saya tiada masalah kerana dahulu kita pernah berbincang dengan wakil Cambridge University (Amerika Syarikat) untuk kemasukan pelajar kita,” katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang media secara maya dari Amerika Syarikat di Ibu Pejabat Utusan Malaysia, di sini hari ini. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.