Malaysian Insider Dan Rafizi Diselar Kerana Menipu, PM Hadir Kenduri Ahmad Said

Kemaman – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis persandingan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong.

Kenduri mat said 2

Ini sekaligus menafikan tuduhan fitnah protal pro pakatan rakyat Malaysian Insider dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa kononya Najib mungkir janji kerana tidak akan hadir pada majlis perkahwinan tersebut.

Menyedari kesilapan tersebut, portal tersebut akhirnya terpaksa menarik semula artikel tersebut selepas menyedari kehadiran Perdana Menteri.

Ekoran kesilapan itu, portal tersebut dan Rafizi menerima kecaman hebat dari para pengguna media sosial Facebook dan Twitter.

Turut memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lepas.

Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir ke majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.

Khamis lepas, perdana menteri menyatakan hasrat beliau untuk hadir ke majlis persandingan anak kedua Ahmad sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.