Dyana Sofya Dijangka Calon DAP di Teluk Intan

Selepas pelbagai pertimbangan dan pengiraan, DAP memutuskan untuk mencalonkan muka baru Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya dalam pilihanya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa jawatankuasa pemilihan calon, yang dianggotai Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai, memutuskan untuk memilih Dyana.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua, dalam satu kenyataan media petang ini, berkata parti itu akan mengumumkan calonnya pada jam 12.30 tengahari esok.

Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini, kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.unnamed (1)

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.

Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Sejurus sebelum jawatankuasa berkenaan membuat keputusan,
bekas ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau (kiri) – yang turut tersenarai dipertimbang sebagai calon di PRK Teluk Intan –  dalam laman Facebooknya, menyatakan sokongannya kepada Dyana jika dia dipilih untuk bertanding di Teluk Intan.

unnamed (2)Katanya, Dyana adalah setiausaha politik Kit Siang, begitu juga dengan beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha pemimpin DAP itu pada 1997.

ambil menyifatkan mereka seperti adik-beradi, Hew yang terkenal dengan gelaran ‘Superman’ berkata beliau percaya dengan semangat bertolak ansur.

Menurutnya lagi, jika pemimpin parti itu percaya Dyana mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang, maka beliau bersedia untuk memberi laluan dan berjanji akan berkempen untuknya.

Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

unnamed (3)Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Dalam konteks politik serantau, Dyana dilihat sebagai calon kompromi kepada Hew, yang dikenali sebagai pesaing kuat kepada pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri  Muhyiddin Yassin juga dijangka mengumumkan calon BN esok dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (atas) disebut-sebut akan bertanding di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.