Kes Sin Chew belum selesai, Kwong Wah Yit Poh pula buat silap sama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas Sin Chew Daily terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak pengurusan media berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasmi organisasi berkenaan, semalam.

MCMC memaklumkan siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan tindakan terhadap penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan jelik atau menyinggung.

“MCMC memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan lanjut terhadap isu ini, sekiranya perlu dan berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut menegaskan bahawa sebarang perbuatan memuat naik atau menyebarkan kandungan yang mempersenda atau memaparkan bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan sensitiviti rakyat serta simbol negara.

“MCMC memberi amaran tegas kepada semua pihak, termasuk organisasi media dan orang awam, agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan sedemikian,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah MCMC, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkenaan.

Suruhanjaya itu turut mengulangi komitmen untuk memastikan penggunaan media digital di negara ini kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat