Johan Menasihati Zizan Kawin Cepat Supaya Tahu Makna Kehidupan Yang Sebenar

KEAKRABAN yang terjalin di antara pelawak popular Johan dan Zizan memang tidak dapat disangkal lagi.
Semuanya bermula dari program pertandingan Raja Lawak yang telah mengangkat kedudukan mereka sehingga menjadi somebody sekarang dalam bidang seni hiburan negara.

Malah pada awal kemunculan selepas tamat program tersebut, duo ini turut membawa jenama Jozan bagi bersaing dalam Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega.

Jadi, memang boleh dikatakan kedua-duanya memang sangat rapat dan hubungan persis bromance seperti Ben Affleck dan Matt Damon jika di Hollywood sana.

Dari segi status, hanya Johan sahaja yang sudah berkeluarga sementara Zizan masih solo selepas putus cinta dengan aktres cantik Emma Maembong beberapa tahun lalu.

Sebagai kawan baik, Johan turut ada menasihatkan Zizan agar segera berkahwin kerana pada Johan jika seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga, hanya pada ketika itulah mereka mengetahui erti tanggungjawab yang sebenar.

“Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tanggungjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin. Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri.

“Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak. Dia juga kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya berkahwin dengan cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan yang sebenar,” katanya memetik portal Astro Gempak.

Johan berkahwin dengan pelakon Ozlynwaty dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Haziq, Sodiq, Aariq dan Chantiq Hanania

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.