‘Fast And Furious 8’ Dianggar Pecah Rekod Tayangan Global

LOS ANGELES – Filem aksi “Fast And Furious 8” dianggar pecah rekod dalam debut tayangan di seluruh dunia mengatasi kedua-dua filem “Star Wars: The Force Awakens” dan ” Jurassic World.”

Menurut AP, syarikat Universal Pictures menganggarkan bahawa filem “Fast And Furious 8″ bakal mencatat rekod US$532.5 juta di seluruh dunia pada hujung minggu.

Tayangan itu sangat menggalakkan terutamanya di 63 wilayah, termasuk China,” lapor RTM.

Jika catatan kutipan yang dijangkakan menjadi nyata, ia akan mengatasi pemegang rekod sebelum ini, filem “Star Wars: The Force Awakens” yang mendapat kutipan US$529 juta pada bulan Disember 2015 tanpa tayangan di negara China.

Filem “Fast And Furious 8″yang ditayang di China mencatat rekod US$190 juta diikuti oleh US$17.8 juta dari Mexico dan US$17 juta dari U.K. dan Ireland.

Dianggarkan pasaran dari panggung Amerika Utara mencatat sebanyak US$100.2 juta dari 4310 teater – kedua terbaik untuk francais dan cukup dengan mudah atasi carta domestik panggung Amerika Utara.

One thought on “‘Fast And Furious 8’ Dianggar Pecah Rekod Tayangan Global

  • October 10, 2017 at 10:59 pm
    Permalink

    Kurang menarik tanpa Paul walker

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.