Video: ‘Keluarga, Anak Dan Isteri Saya Dimalukan’

KUALA LUMPUR – Presiden Nadi Rakyat, Rafi Awang Kechik mendakwa kecewa apabila dihina dan diaibkan di laman media sosial oleh blogger Parpukari yang dikenali sebagai Mohamad Salim Iskandar.

 

Rafi ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata, tindakan mengunakan akaun Facebook palsu untuk menghina, mengeji dan mengaibkan diri dan keluarganya itu perlu dihentikan segera.

 

 

“Saya turut memaklumkan kepada pihak polis mereka yang bertanggungjawab membuka fake akaun (ID palsu) ini di dalangi oleh orang yang bernama Salim Iskandar atau (dikenali sebagai) Parpukari.

 

“Semua bukti telah diserahkan kepada pihak polis dan saya harap dia (Salim) akan beri kerjasama apabila dipanggil untuk memberi keterangan nanti (kerana) saya hendak hentikan kegilaan yang dia buat itu” katanya sejurus selepas membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Ahad.

 

Rafi turut berkata tahap kesabaran dirinya ada hadnya kerana takut akan mengambil tindakan sendiri sekiranya perkara seperti itu berterusan.

 

“Saya membuat laporan ini kerana takut mungkin akan mengambil tindakan sendiri kerana ia mungkin lebih daripada itu.

 

“Sekurang-kurangnya bila saya membuat laporan polis pada hari ini, kita akan bertemu buku dengan ruas” katanya lagi.

 

 

Dalam pada itu Rafi turut mendesak pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk segera menjalankan siasatan terhadap semua akaun palsu yang turut digunakan untuk menyerang dan mengaibkan pemimpin negara.

 

“(Pengerusi) SKMM perlu berfungsi dengan lebih baik kalau tak boleh letak jawatan supaya boleh digantikan dengan orang yang lebih memahami kehendak rakyat yang terbeban dengan ‘fake-fake’ akaun yang digunakan untuk memalukan dan mengaibkan orang ini.

 

“Pada saya orang yang buat fake akaun ini mengambarkan moral darah dagingnya yang sebenar, kalau boleh saya sifatkan sebagai tak bertamadun yang lahirnya tidak diazan dan diqamatkan” ujarnya pula.

 

Beliau turut menegaskan akan mengumpulkan data semua mangsa yang telah menjadi akaun palsu ini untuk diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.