Winter Sonata Kembali Dengan Sekual Baru Tahun Hadapan

DRAMA bersiri Winter Sonata yang mencetuskan fenomena di kalangan penonton sepuluh tahun lalu bakal kembali dengan sekual terbaharu pada tahun hadapan.

 

Penerbit Ekskutifnya, Park Yeong Seok memberitahu pihaknya sedang membuat perancangan selain mengumpul semua krew produksi asal drama bersiri itu yang pernah ditayangkan pada 2002.

 

“Skrip asal ditulis oleh Yoon Seun Gyeong dan Kim Eun Hee, saya mahu mereka menulis untuk sekual ini termasuk pengarahnya, Yoon Seok Ho.

 

“Saya sudah merancang untuk menghasilkan sekual drama itu sejak sekian lama dan selepas 10 tahun ia adalah masa paling sesuai,” katanya.

 

Winter Sonata sebelum ini menampilkan Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo namun masih belum dipastikan sama ada kedua-dua mereka bakal kembali untuk sekual tersebut.

 

Yeong Seok turut memberitahu sinopsis drama itu dijangka akan dedahkan kepada umum selewat-lewatnya bulan hadapan. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.