Pesawat Batik Air Mendarat Cemas

JAKARTA – Sebuah pesawat penumpang Batik Air dari Ambon ke Jakarta mendarat cemas di Makassar, selatan Sulawesi selepas mendapat panggilan ugutan bom.

 

Pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, J.A. Barata, berkata skuad polis pemusnah bom dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin untuk melakukan pemeriksaan terhadap pesawat berkenaan.

 

“Saya menerima panggilan dari Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin di Makassar memberi maklumat mengenai bom di dalam pesawat Batik Air yang dalam penerbangan dari Ambon ke Jakarta,” katanya.

 

“Skuad khas pemusnah bom sedang memeriksa pesawat itu sekarang. Setakat ini belum jelas apa yang mereka temui,” katanya. – REUTERS/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.