Nilai Kesahihan Maklumat, Jangan Mudah Terpedaya – PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat agar bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima dengan menyemak sumbernya agar tidak mudah terpedaya.

 

Beliau berkata ini kerana Malaysia kini sedang melalui proses pendemokrasian maklumat yang membolehkan maklumat disalurkan secara bebas dan dua hala.

 

Bagaimanapun, katanya proses pendemokrasian maklumat itu mempunyai baik dan buruknya memandangkan semua maklumat, termasuk yang tidak benar, boleh tersebar dengan meluas.

 

“Banyak maklumat hari ini yang digembar-gemburkan dan diputar belit sehingga disalahertikan tanpa disedari, bertahun-tahun lamanya kita menerima maklumat sedemikian sehinggakan ramai yang terpengaruh.

 

“Kesannya, kita sedang berada dalam era persepsi daripada realiti,” katanya dalam siaran radio Perdana Menteri tentang pendemokrasian maklumat yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com hari ini.

 

Najib berkata banyak tuduhan dan putar belit yang dilemparkan tidak mencerminkan realiti sebenar sesuatu isu ataupun kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.