Najib dan Isteri Fail Saman Fitnah Terhadap Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung kenyataannya pada satu forum di Bandar Tun Razak.

 

Forum yang diadakan pada 22 November tahun lalu itu membincangkan isu berhubung penghapusan subsidi minyak.

 

Najib dan Rosmah memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu lalu melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dengan menamakan Rafizi selaku defendan pertama dan pemilik portal online, Mediarakyat.net, Chan Chee Kong sebagai defendan kedua.

 

Najib memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya.

 

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif berkata perkataan fitnah itu menyebabkan kerosakan teruk dan meninggalkan kesan serta kerugian mendalam terhadap reputasi mereka.

 

Kedua-dua plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi untuk fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan injunksi bagi menghalang defendan kedua daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah itu.

 

Plaintif juga menuntut defendan kedua memohon maaf secara bertulis yang disiarkan dalam akhbar dan majalah serta mengeluarkan rakaman forum itu daripada laman web Media Rakyat dan laman Facebook. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.