MRT Siasat Punca Paip Pecah

Kuala Lumpur – Lalu lintas di pusat bandar ditutup sementara susulan paip air pecah di siar kaki Jalan Bukit Bintang, pagi tadi.

 

Dalam kenyataan Mass Rapid Transit Sdn Bhd (MRT) berkata, kejadian kira-kira jam 6 pagi itu menyebabkan jalan raya sepanjang 100 meter di Jalan Bukit Bintang ditutup.

 

Menurutnya, trafik dari Jalan Tun Razak ke arah pusat beli-belah Pavillion telah dialihkan ke Jalan Imbi di sini.

 

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Mahmood Abdul Razak dalam kenyataannya berkata, jurutera dan kontraktor sudah memulakan kerja bawah tanah untuk menyiasat punca kejadian.

 

“Kami tidak boleh beritahu berapa lama siasatan akan dijalankan namun pasukan kami dan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, sudah berada di lokasi kejadian,” katanya.

 

Mahmood berkata, Siasatan awal mendapati paip air di bawah laluan siar kaki Jalan Bukit Bintang berdekatan persimpangan Jalan Imbi telah bocor, lalu mengakibatkan tanah mendap dan berlubang.

 

Katanya, kejadian tersebut turut menyebabkan sebuah pos pengawal milik pengedar kereta juga rosak.

 

“Kerja membaik pulih tempat kejadian dan kontraktor telah mengepam keluar air dari lubang bagi memudahkan kerja baik pulih di jalankan. Selepas itu lubang tersebut diisi semula.

 

“Jalan ini akan ditutup sekurang-kurangnya 49 jam untuk kerja-kerja berkenaan siap.

 

“Kami mohon maaf atas ketidakselesaan pengguna jalan raya dan mereka yang bekerja di kawasan sekitar disebabkan kejadian ini. Kami mohon agar orang awam bersabar sementara situasi ditangani,” katanya.

 

Tahun lalu, 10 meter paip pecah di sepanjang Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah dipercayai akibat paip air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.