Lelaki Sarawak Sahut Cabaran Bertumbuk Dengan Rani Kulup

Kuala Lumpur – Seorang pengguna Facebook dari Sarawak, Kris Iskandar mencabar Presiden, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdulah untuk bertumbuk kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dilemparkan sebelum ini.

 

Cabaran Kris itu dikatakan sebagai reaksi terhadap tajuk artikel “Abdul Rani Kulup Ugut Akan Menumbuk Sesiapa Yang Hina Dan Kritik Najib Razak” yang disebarkan di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.

 

“Cabaran disambut baik, kalau dia mau, kalau dia berani… katakan sahaja bila dan dimana. Dia jual saya beli.

 

“Pecah muka terabur gigi, dia tanggung sendiri. Itu cermin mata saya ambik gantung kat rumah panjang. Cincin dan jam saya jual lelong. Bukan nak takbur. Tapi orang dah jual saya beli” ujarnya di laman Facebooknya.

 

abdul rani kulop report polis

Sementara itu Abdul Rani ketika dihubungi SuaraTV menafikan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pihaknya.

 

“Saya merasa begitu kecewa apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggung mengunakan nama saya sehingga mewujudkan persepsi yang buruk terhadap diri saya.

 

“Kenyataan di dalam artikel itu merupakan fitnah dan berniat jahat terhadap diri saya” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Abdul Rani turut menjelaskan, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi berhubung artikel tersebut bagi membersihkan nama dan imejnya.

 

“Saya telah membuat satu laporan polis tengah hari tadi berhubung artikel fitnah tersebut dan menggesa satu siasatan dijalankan.

 

“Saya juga ingin menegaskan laman Facebook ‘Abdul Rani Kulup Fans’ bukan milik saya, ia diwujudkan semata-mata untuk memfitnah dan memburuk-burukan diri saya.

 

“Saya merayu agar mereka yang tidak berrtanggungjawab ini berhenti dari menghasut dan menfitnah diri saya sehingga menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.