Kami Sahut Saranan Ahmad Maslan!

Kuala Lumpur – “Kami sahut saranan menteri.” Itulah kenyataan yang popular dilaman sosial ketika ini.

 

Saranan yang dimaksudkan adalah cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada pelajar universiti supaya memasak sendiri bagi menjimatkan wang daripada makan di luar.

 

Kenyataan itu dibuat bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

 

Ahmad yang menyarakan ‘idea’ itu pada Sabtu lalu dalam sebuah forum berkaitan cukai berkenaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagaimanapun mengundang kritikan masyarakat terutamanya pelajar Universiti.

 

Pelbagai gambar dikongsi di laman Facebook sebagai satu usaha untuk menyindir saranan yang dibuat oleh timbalan menteri itu.

 

Antaranya beberapa keping gambar pelajar yang sedang memasak berlatar belakangkan katil asrama di kolej masing-masing.

 

Sindiran itu dibuat kebanyakkan pelajar universiti yang menyifatkan saranan Ahmad adalah mustahil untuk dilaksana disebabkan peraturan kolej kediaman yang tidak membenarkan pelajar memasak didalam asrama.

 

Sementara itu, Ahamd meminta semua pihak diminta berhenti memanipulasi saranannya yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban cukai GST.

 

Tegasnya ucapan selama lebih dua jam 45 minit di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam itu dilihat menyentuh isu menyeluruh mengenai GST dan hal masak sendiri hanya tertakluk kepada mereka yang menyewa di luar sahaja.

 

“Saya berucap dua jam 45 minit, saya sebut macam-macam dan mereka hanya ambil satu ayat sahaja iaitu mengenai masak sendiri.

 

“Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.

 

“Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan,” katanya memetik laporan Astro Awani.

 

Dalam pada itu menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Abdul Jalil Hassan pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial itu dilihat sebagai proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.

 

“Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.

 

“Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara,” katanya.

 

Menurut Dr Abdul Jalil lagi, masyarakat akan faham kelak mengenai kenyataan Ahmad mengenai GST yang memberi faedah kepada semua.

 

“Macam seorang ayah yang memberi nasihat kepada anaknya, semasa kecil anak itu mungkin memberontak dan enggan menurut kata.

 

“Namun akhirnya apabila anak itu berjaya, dia akan ingat kembali nasihat itu yang membawa kejayaan kepada dirinya, pastinya ia mengambil sedikit masa,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.