Foto: Kambing Pandai Melukis

ALBUQUERQUE (AMERIKA SYARIKAT) – Sebuah zoo di sini, menjual beberapa lukisan yang dilukis seekor kambing selepas pengunjung tertarik dengan hasil seni haiwan itu.

 

Lukisan berkenaan dilukis seekor kambing yang diberi nama Bodie selepas dilatih pekerja di Zoo Albuquerque di sini, sejak beberapa bulan lalu.

 

Haiwan itu melukis dengan menggunakan berus lukisan yang digigit di mulutnya.

 

Bodie mampu melukis dengan baik dan lukisannya berwarna-warni itu sering mendapat pujian pengunjung zoo berkenaan.

 

Seorang pengunjung, Lynda Shey berkata, dia sanggup membeli lukisan yang dilukis Bodie kerana ia sangat cantik.

 

“Saya membeli satu lukisan yang dihasilkan haiwan itu kerana tertarik dengan warnanya,” katanya.

 

Pengurus Zoo Albuquerque, Lynn Tupa memberitahu cabaran dihadapi mereka ialah melatih haiwan berkenaan menggunakan otak mereka. – Agensi/HMetro

 

Bodie - Kambing Melukis-1

Bodie - Kambing Melukis-2

Bodie - Kambing Melukis-3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.