Dua Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas

PERMATANG PAUH – Dua anggota polis trafik yang mengiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam kemalangan jalan raya, sebentar tadi.

 

Anggota terbabit, Ramlan Arifin, 49 dan Zulkifli Mat Desa ,48, cedera apabila motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri ketika mengiringi konvoi Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, di Permatang Pauh, di sini, jam 9.45 pagi tadi.

 

Mereka terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggangi dihimpit sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 134.4 susur keluar Permatang Pauh dari Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan.

 

Difahamkan, kenderaan awam itu berada di lorong kanan sebelum secara melulu mengubah haluan ke laluan kiri dan menghimpit motosikal ditunggang anggota trafik berkenaan.

 

Kedua-dua mangsa bergesel sesama sendiri sebelum terbabas dan mengalami kecederaan di badan, muka dan kaki.

 

Anggota trafik terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.