Sudah Bercerai : Pelakon Dynas Moktar Enggan Komen

Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar masih bermain tarik tali tatkala diajukan soalan oleh sebuah portal hiburan mengenai sejauh mana kesahihan berita dia didakwa sudah bercerai dengan suaminya Hafizy Hafiz.

Sejak desas-desus itu tersebar luas di internet, ramai pihak media yang cuba mendapatkan pengesahan daripada ibu anak dua itu, namun Dynas enggan mengulas lanjut.

“Saya minta maaf. Untuk hari ini, saya tidak akan menjawab apa saja soalan mengenai perkara tersebut sebab hal ini akan memberi kesan kepada majlis Johnson & Johnson ini.

“Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk. Saya selalu ke luar negeri, misalnya baru-baru ini saya ke Johor untuk ekspo kanak-kanak. Kadang-kadang, pembantu peribadi yang pegang telefon saya, jadi dia yang akan jawab sebarang panggilan,” tuturnya sambil memberitahu dia perlu menghormati pihak penganjur majlis.

“Ini majlis orang, bukan majlis saya. Jika jumpa di majlis lain, InsyaAllah saya boleh komen, itupun jika pihak penganjur tiada masalah mengenai perkara tersebut. Jadi, hubungilah saya lain kali dan saya janji saya akan jawab. Kalau terserempak saya di tepi jalan pun saya akan cuba jawab,” katanya lagi.

Dynas juga berkata, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana merasakan tidak sesuai untuk bercakap mengenai perkara tersebut disebabkan anak-anaknya juga sedang berada bersamanya ketika ditemui wakil portal tersebut.

Sebelum ini timbul gosip kononnya pengacara program ‘Si Kecilku Chakk’ ini telah pergi ke mahkamah bagi mengambil borang penceraian. Walau bagaimanapun, Dynas menafikan mengenai perkara tersebut. Tidak sampai seminggu, timbul pula gosip kononnya Dynas sudah bercerai di sebuah mahkamah jam 3.00 petang pada 25 Februari lalu.

“Tak ada apalah, itu hanya gosip saja. Tolong jangan mengeruhkan lagi keadaan sebab memang tak ada apa-apa pun. Perkara ini bukan saja menjejaskan diri saya, malah seluruh ahli keluarga saya. Perkara itu memang tak betul dan hanya gosip semata-mata,” ujar Dynas ringkas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!