Gumpalan Rambut Napoleon Bonaparte Dicuri

MELBOURNE : Artifak jarang ditemui dan dikaitkan dengan pemerintah Perancis, Napoleon Bonaparte termasuk gumpalan rambutnya, dicuri dari sebuah muzium di Australia, lapor akhbar Press Trust of India.

Pencuri memecah masuk rumah ladang bersejarah The Briars di selatan Melbourne melalui tingkap bilik air, Khamis dan mencuri antaranya sebentuk cincin, gumpalan rambut Napoleon dan riben tertulis namanya pada 1815 dan kotak tembakau.

“Semua barang-barang ini tidak ternilai harganya kerana ia tidak boleh diganti. Kami sangat sedih,” memetik kata-kata penyelaras muzium, Steve York kepada Australian Broadcasting Corporation.

Beberapa gambar kecil Napoleon turut dicuri dan artifak lain yang tinggal telah segera dipindahkan.

“Pencuri memang sudah mensasarkan barang-barang itu,” kata Detektif Sarjan Kanan Michael Lamb.

Koleksi artifak berkenaan dikumpul oleh Dame Mable Brooks, cicit Alexander Balcombe yang bertemu Napoleon yang hidup terbuang di Pulau St Helena.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.