Khai ‘Gegar’ Bandung

Selepas menangguhkan persembahan yang dijadualkan berlangsung di Hong Kong penghujung tahun lalu berikutan taufan yang melanda negara itu, kini penyanyi Khai Bahar bakal mengadakan persembahan mini di Bandung, Indonesia, Mei depan.

Ia sekali gus mengubati kekecewaan peminat dan memberi peluang kepada dirinya melebarkan sayap di luar negara.

Kata pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin itu, dia bersyukur dan teruja kerana diberi kesempatan untuk bertentang mata dengan peminat di Indonesia.

“Insya-Allah, saya akan mengadakan persembahan mini di hadapan kira-kira 2,000 peminat di Bandung pada Mei depan.

“Selain persembahan mini, peminat juga berpeluang melancong bersama saya nanti. Bagaimanapun, persembahan di Hong Kong akan berlangsung juga cuma tarikhnya tidak dapat dipastikan lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan di Putrajaya, baru-baru ini.

Tambah Khai, pemilihan Bandung sebagai lokasi persambahan mini diputuskan pengurusannya.

Malah penyanyi yang berasal dari Perlis itu juga tidak menolak akan membuat siri jelajah di seluruh negara pada masa depan.

“Ini adalah peranca­ngan syarikat rakaman dan saya hanya ikut saja apa yang diatur untuk saya.

“Buat masa ini saya akan menjayakan per­sembahan mini berbanding konsert kerana ia lebih santai untuk beramah mesra dengan peminat,” katanya.

Selepas tampil dengan single hits Bayang dan Luluh yang berjaya menempatkan namanya dalam industri seni, Khai kini mempertaruhkan single duet bersama penya­nyi Fatin Husna berjudul Rahsia Kita yang akan dilancarkan pada 23 Mac depan.

“Saya tak sangka single ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat meskipun keseluruhan lagu ini belum dimuat naik di YouTube.

“Saya berharap single ini dapat memberi nafas baru dalam industri seni dan berharap peminat dapat menerimanya,”katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai gosip dirinya dengan penyanyi Wany Hasrita dan terbaru pe­nyanyi lagu Bunga, Ara Johari, Khai menganggap itu semua usikan manja peminat.

“Saya tidak kisah digosipkan dengan mana-mana rakan artis selagi ia tidak berlebihan. Asalkan peminat gembira biarlah tetapi tidak sangka pula ada yang membuka laman sosial Instagram khas untuk kami berdua.

“Malah setiap gambar dan aktiviti kami berdua juga dikongsi dalam Instagram itu,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.