Wabak Demam Kuning Di Brazil

RIO DE JANEIRO – Jumlah kes demam kuning mencecah 400 kes di Brazil memandangkan penyakit itu menular ke Rio de Janeiro negeri ketiga yang mempunyai penduduk paling ramai dan menjadi tumpuan pelancong, umum pihak kerajaan pada Khamis.

Minggu ini satu kematian akibat demam itu dan satu jangkitan dilaporkan di Rio de Janeiro.

Statistik terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 137 orang maut akibat demam itu sementara 424 kes lagi disahkan positif dan 933 kes masih diuji.

Kematian dicatatkan di 80 bandar, 49 daripadanya di Minas Gerais, negeri kedua popular dan paling teruk dilanda wabak demam kuning.

Kerajaan telah menghantar 13.9 juta vaksin di negeri dilanda risiko termasuk Rio de Janeiro.

Data rasmi menunjukkan kali terakhir wabak demam kuning melanda kawasan bandar ialah pada 1942 iaitu di Acre. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.