Pilih Politik Matang, PAS Tolak Kerjasama Dengan Pihak Liberal, Cauvinis – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Pas menegaskan par­ti itu menolak sebarang konsep kerjasama yang menafikan kepemimpinan Islam dan tetap memilih konsep demokrasi secara aman serta berpolitik dengan cara matang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk dalam kalangan mereka yang bukan Islam tetapi ia tetap mempunyai syaratnya yang tersendiri.

“Syaratnya ialah menolak kon­sep yang menafikan kepemimpinan Islam atau libe­ral oportunis yang mencari kemenangan mi segera atau cauvinis yang bo­­leh mengacau ke­hi­­dupan sendiri.

“Wa­­­laupun perjuangan mereka adalah untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Ma­laysia ini yang bermasyarakat majmuk,” katanya dalam satu kenyataan yang di­siar­kan Harakahdaily semalam.

Sebelum ini DAP yang memutuskan kerjasama dengan Pas telah menawarkan kepada parti itu untuk kembali bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk memastikan kemenangan pakatan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.