Penganggur Guna Duit BR1M Beli Pil Kuda

BACHOK ― Seorang penganggur, yang menggunakan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk membeli pil kuda, ditahan kali keempat.

Lelaki 24 tahun itu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) masih belum serik walau tiga kali ditangkap sebelum ini, lapor Sinar Harian.

“Malang sekali BR1M yang diberikan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan disalahgunakan individu seperti ini,” kata pegawai AADK.

Muhammad Rostam Mohd Aluwi juga berkata suspek dihantar ke pusat pemulihan dan jagaan penagih di Dengkil, Selangor.

Dalam operasi sekitar Kampung Hujung Repek, Jelawat, Teluk Kemunting dan Tawang itu, seramai 11 penagih, termasuk seorang wanita dan remaja, ditahan.

Mereka, yang berusia antara 14 hingga 48 tahun, didapati positif dadah jenis methaphetamine. Kes disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.  – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.