Lagi Kes Pemandu Mabuk Sebabkan Kemalangan

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dipercayai memandu ketika mabuk cedera selepas kenderaannya merempuh penghadang jalan di KM32.4 di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini.

Walaupun keretanya remuk teruk akibat kemalangan itu, lelaki berkenaan bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan.

Sepasukan 11 anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.20 malam, Khamis.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, lelaki itu gagal mengawal kereta yang dipandunya apabila ia menghentam penghadang jalan dan merempuh dua lagi kereta yang melalui kawasan itu.

“Dua kereta yang terbabit dalam pelanggaran itu juga rosak, bagaimanapun pemandu dan penumpang tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang sendirian dalam kereta itu dalam perjalanan dari Subang ke Shah Alam ketika terlibat dalam kemalangan itu.

“Besar kemungkinan lelaki itu dibawah pengaruh alkohol,” kata Azmel ketika dihubungi.

Lelaki terlibat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.