AS Nafi Sasar Masjid

 

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS), hari ini mengaku bertanggungjawab melakukan serangan udara ke atas satu mesyuarat al-Qaeda di utara Syria. Bagaimanapun, mereka akan menyiasat laporan 40 penduduk awam terbunuh dalam serangan yang didakwa menyasarkan sebuah masjid.

“Kami tidak menyerang masjid tetapi bangunan menjadi lokasi mesyuarat itu yang terletak kira-kira 15 meter dari sebuah masjid yang masih utuh,” kata jurucakap pusat arahan tentera (Centcom) AS, Kolonel John J Thomas.

Centcom dalam satu kenyataan berkata, tentera AS menjalankan serangan udara ke atas mesyuarat al-Qaeda di Idlib, Syria yang mengorbankan sejumlah pengganas, semalam.

Bagaimanapun, jurucakap Centcom itu menjelaskan, lokasi sebenar serangan masih tidak jelas tetapi ia dipercayai masjid di Al-Jineh dalam wilayah Aleppo.

“Kami akan menyiasat dakwaan kematian orang awam dalam serangan ini,” katanya ketika mengulas laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) bahawa 42 orang maut dalam serangan itu, kebanyakannya penduduk awam. – AFP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.