Rani Kulup Dakwa Terima Banyak Tawaran Berlakon

Bakal muncul menerusi filem pertama lakonannya berjudul Kipidap! Selamatkan Hari Jadi yang akan mula ditayangkan di pawagam hari ini, Abdul Rani Kulup Abdullah yang terkenal dengan tagline ‘kipidap’ mendedahkan dia sudah menerima beberapa lagi tawaran berlakon.

 

Memetik laporan mStar online, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu berkata, dia menerima banyak tawaran daripada produksi termasuk KRU Studios dan Skop Productions Sdn Bhd.

 

“Saya sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk berlakon tetapi apabila ada tawaran saya terima kerana ingin membuktikan kepercayaan diberikan pihak produksi.

 

“Alhamdulillah biarpun nashkah pertama ini belum masuk panggung tetapi saya bakal ke set penggambaran dua buah filem pada April ini,” katanya.

 

Kipidap! Selamatkan Hari Jadi turut menampilkan barisan pelakon seperti Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Vicha Syawho dan Kartina Aziz.

 

Berkongsi pengalaman di set penggambaran, Abdul Rani berkata, dia tidak berasa gugup ketika berada di lokasi penggambaran sebaliknya seronok menimba pengalaman baharu.

 

Malah dia bertuah kerana kesemua kru dan barisan pelakon banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar sepanjang dua minggu penggambaran berlangsung.

 

Abdul Rani juga berkata dia turut merancang untuk menerbitkan filemnya sendiri pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.