Penasihat Petronas: Pak Lah Ganti Tun Mahathi?

KUALA LUMPUR – Selepas Tun Dr Mahathir dipecat daripada jawatan Penasihat Petronas minggu lalu, cakap-cakap dalaman mendakwa dua nama dikatakan bakal dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan pejabat dilangit itu.

 

Dua individu tersebut adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Putera Kelantan yang juga ahli UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

 

Jawatan yang disandang Dr Mahathir sejak 2003 itu dikosongkan selepas beliau secara rela hati mengisytiharkan Deklarasi Rakyat bersama pakatan pembangkang untuk mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

 

Sebagai tindakan, kabinet memutuskan untuk memecat Dr Mahathir dari jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

 

Abdullah, 76, dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menjawat jawatan tersebut ekoran jawatan tersebut juga pernah disandang oleh dua bekas Perdana Menteri iaitu, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir.

 

“Jawatan penasihat secara tradisinya menjadi jawatan pesara bagi bekas Perdana Menteri, jadi mengapa mahu mempolitikkannya.? Ianya jawatan terhormat kepada mereka yang pernah menjawat jawatan tertinggi,” kata ahli parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad.

 

Sementara itu, nama Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang juga dipertimbangkan ekoran beliau sebelum merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama Petronas yang kemudiannya menjadi Menteri Kewangan paling muda dilantik pada umur 37 tahun.

 

Spekulasi perlantikan Razaleigh timbul selepas beliau dikatakan bertemu Najib dikediaman Perdana Menteri itu di Jalan Duta selama dua jam namun sumber menegaskan pertemuan tersebut tidak membincangkan mengnai jawatan Penasihat Petronas.

 

Razaleigh dalam pada itu berkata beliau tidak mahukan jawatan tersebut ekoran beliau gembira dengan kedudukannya pada ketika ini.

 

Beliau juga enggan mengulas mengenai pertemuan bersama Perdana Menteri dan hanya menjelaskan perjumpaan tersebut bertujuan menasihat Najib agar membidas segala spekulasi dibangkitkan oleh pelbagai pihak, dalam dan luar negara.

 

Katanya, penggal ini merupakan kali terakhirnya menjawat jawatan politik dan akan bersara dari jawatan Ahli Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.