AJK FIFA Didakwa Jual Undi Anjur Piala Dunia

ZURICH – Badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini berkata, ahli jawatankuasa eksekutif mereka sebelum ini didakwa menjual undian dalam menganjurkan Piala Dunia, termasuk untuk temasya di Afrika Selatan pada 2010.

 

“Ketika ini adalah jelas ramai ahli jawatankuasa eksekutif FIFA menyalahgunakan jawatan mereka untuk menjual undi dalam beberapa kejohanan,” katanya dalam dokumen perundangan difailkan di mahkamah Amerika Syarikat.

 

Katanya, bekas ahli jawatankuasa eksekutif Chuck Blazer, Jack Warner dan individu lain mengatur pembayaran AS$10 juta (RM40 juta) sebagai pertukaran untuk undi mereka berkaitan penganjuran Piala Dunia 2010 yang diberikan kepada Afrika Selatan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.