‘Selfie Pangkal Payudara’, Kerajaan Thailand Beri Amaran

Bangkok – Kerajaan tentera Thai semalam memberi amaran kepada wanita negara itu supaya tidak memuat naik gambar selfie bawah payudara mereka – trend terbaru media sosial yang semakin menjadi viral.

 

Menurutnya, perbuatan itu menyalahi undang-undang jenayah komputer negara itu.

 

Akta Jenayah Komputer 2007 Thailand melarang sebarang bentuk bahan yang boleh ‘menjejaskan keselamatan negara atau menyebabkan panik dalam kalangan penduduk’ atau ‘sebarang data komputer lucah yang boleh diakses orang ramai.’

 

Kementerian Kebudayaan berkata, pesalah berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. Ia bagaimanapun tidak menyebut cara mereka akan mengenal pasti pelaku.

 

“Apabila orang merakam gambar selfie pangkal payudara mereka, tidak ada siapa dapat melihat wajah mereka,” katanya.  – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.