Rundingan Air Putrjaya-Selangor Bersambung – Azmin

SHAH ALAM – Rundingan mengenai perjanjian penstrukturan air di antara kerajaan Selangor dan Putrajaya yang terhenti akan bersambung semula pada minggu ini, jelas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

 

Azmin ketika ditemui di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di sini pada Selasa berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Putrajaya untuk menyambung semula rundingan tersebut pada minggu ini.

 

“Kerajaan negeri bersedia untuk kembali berunding sekiranya kerajaan Persekutuan bersetuju dengan terma-terma rujukan dalam perjanjian utama,” jelasnya.

 

Menurutnya lagi, perjanjian utama sebelum ini terbatal kerana kerajaan persekutuan telah melanggar terma-terma tertentu berikutan itu kerajaan Selangor akan mengadakan rundingan baru untuk perjanjian baharu ditandatangani.

 

Keputusan itu dikhuatiri bakal menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang fasa pertamanya dijadual siap pada 2017 untuk menyediakan air terawat kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Disamping itu, Azmin turut menerangkan kewajaran kerajaan negeri mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), ar kerana syarikat tersebut mempunyai hak sebagai syarikat pemprosesan dan pengeluaran air.

 

“Lesen diberikan kepada Spllash dalam tempoh masa setahun bermula September 2014 hingga September 2015 selepas perjanjian utama ditandatangani,” katanya.

 

Azmin turut mendakwa tidak membatalkan perjanjian dengan Splash malah perjanjian tersebut telah ditandatangani terlebih dahulu oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Pada majlis tersebut, Azmin turut melancarkan satu program Sistem Pendidikan Bersepadu dan Menyeluruh atau ‘Integrated And Holistic System’ (IHES)  bagi memperkasakan Pendidikan Islam ke arah melahirkan modal insan soleh di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz pada Selasa. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.