Putera Harry Bersara Sebagai Tentera British

London – Putera Harry pada Selasa mengumumkan untuk bersara sebagai tentera British selepas 10 tahun berkhidmat termasuk menjadi barisan hadapan sebanyak dua kali dalam peperangan di Afghanistan.

 

Harry, 30 berkata, keputusan sukar untuk mengakhiri perkhidmatan sebagai tentera pada Jun ini terpaksa dibuat kerana bakal menempuh fasa baharu dalam kehidupannya.

Keputusan Putera British itu turut mengundang kejutan kepada banyak pihak termasuk kerajaan kerana dia bakal keluar daripada impian zaman remajanya sebagai tentera.

 

Harry dijangka akan menamatkan kariernya dalam pasukan tentera British selepas dipinjamkan selama empat minggu kepada Pasukan Pertahanan Australia (ADF) pada April hingga Mei ini.

 

Selepas itu, Putera terbabit akan melakukan lawatan rasmi ke New Zealand selain meluangkan masa yang panjang dalam program sukarelawan di Afrika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.