PM Rasmi LIMA 2015

LANGKAWI – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 membuka tirainya hari ini apabila secara rasmi dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Sebaik sahaja Perdana Menteri selesai berucap, pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baharu, A400M melakukan lintas udara.

 

Najib ketika berucap berkata, LIMA kali ini akan melancarkan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa 2030 yang menyasarkan Malaysia menjadi negara nombor satu di rantau ini dalam industri ini.

 

Katanya ketika berucap dalam majlis perasmian di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) di sini, sejak pelan tindakan pertama dilaksana pada pada 1997, industri pertahanan menjana keuntungan RM19 bilion, pelaburan berjumlah RM4.2 bilion dengan penawaran 20,000 peluang pekerjaan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.