Perlawanan Tangguh Seketika Untuk Tunai Solat

KUALA LUMPUR – Para pemain pasukan Kriket Kebangsaan Afghanistan menggamit perhatian ramai setelah beberapa keping foto mereka sedang menunaikan solat atas padang sebuah stadium tersebar di internet.

 

Foto-foto tersebut dirakamkan pada Mac 2014 semasa perlawanan kriket di antara Bangladesh dan Afghanistan yang berlangsung di Stadium Khan Shaheb Osman Ali, Fatullah, Bangladesh.

 

Menurut sumber, wakil pasukan Afghanistan telah meminta kebenaran pengadil menangguhkan seketika perlawanan untuk menunaikan solat Maghrib sebelum separuh masa kedua dimulakan.

 

 

Ini adalah kali pertama perlawanan sukan ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada pemain menunaikan solat.

 

Dalam perlawanan itu pasukan Afghanistan berjaya mengalahkan Bangladesh dengan melakukan 32 larian.

 

solat - kriket Bangladesh vs Afghanistan

 

Solat - Kriket Afghanistan vs Bangladesh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.