Penunggang Bogel Ditahan

Islamabad – Seorang penunggang motosikal ditahan di Bandar Lahore, timur Pakistan, beberapa hari selepas satu rakaman video menjadi viral di media sosial.

 

Polis terpaksa menutup jalan daripada semua arah, sebelum berjaya menahan Shehroz Khan, 20, yang sekali lagi didapati menunggang dalam keadaan bogel di Main Boulevard, Lahore.

 

“Kami menahan Shehroz pada Sabtu, atas kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar undang-undang jalan raya dan mendedahkan bahagian sulitnya di khalayak ramai.

 

“Dia masih ditahan reman, walaupun ketiga-tiga kesalahan itu boleh diikat jamin,” kata anggota polis, Zulfiqar Butt kepada Reuters.

 

Khan yang diberi jolokan “roket”, dilaporkan telah dicabar dan bertaruh dengan rakan-rakannya yang dia boleh menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

 

Saluran televisyen tempatan menunjukkan rakaman Khan berbogel sambil melakukan aksi ‘wheelie’ di pusat bandar, dengan diekori rakan-rakannya yang bersorak untuknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.