PAS Terengganu Kata Mat Sabu Tidak Layak Jadi Presiden

Kuala Terengganu – Pas Terengganu yakin Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu, pertengahan tahun ini.

 

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, perkara itu pernah disuarakan Mohamad yang memberitahu beliau tidak layak memimpin Pas.

 

“Mohamad Sabu pernah berkata depan saya bahawa dia tidak layak menjadi presiden dan takkan bertanding jawatan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai pencalonan jawatan Presiden Pas.

 

Beliau turut yakin Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak akan dicabar mana-mana pemimpin kerana beliau lebih berkelayakan memegang jawatan presiden ketika ini.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.