Nurul Izzah Ditahan Kerana Perhimpunan #KitaLawan – Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas.

 

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah juga ditahan dan disiasat di bawah akta sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.

 

“Beliau akan dibebaskan sebaik keterangannya direkodkan,” kata Khalid dalam kenyataan di Kuala Lumpur, malam tadi.

 

Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, jam 3.55 petang semalam.

 

Sementara itu, dalam Twitternya @KBAP51 hari ini, Khalid berkata polis akan memanggil Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung status yang dimuat naiknya di laman Twitter @tonypua yang menyebut “Bastards. Real Bastards. Royal my foot” berkaitan tindakan polis menahan Nurul Izzah.

 

“Polis akan panggil YB ini menjelaskan apa maksud beliau dengan ‘Royal my foot’. Adakah ditujukan kepada Raja-Raja Melayu?,” kata Khalid dalam Twitternya.

 

Khalid turut tweet semula kenyataan Pua itu.

 

Pua bagaimanapun kemudian menyunting semula Twitternya dengan hanya menyebut “Bastards” saja.

 

Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.