Nurul Izzah Dibebaskan

Kuala Lumpur – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibebaskan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sebelum ini dibawa ke kediamannya dari lokap Jinjang pagi tadi hingga membawa kepada pembebasannya di sini.

 

Nurul Izzah ditahan di IPD Dang Wangi petang semalam selepas memberi keterangan berhubung perhimpunan #KitaLawan dan kenyataannya di Parlimen yang didakwa berbaur hasutan.

 

Dalam ucapannya di Parlimen, Nurul bertindak mengkritik sistem kehakiman negara berikutan keputusan kes Liwat II membabitkan bapanya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Dia ditahan semalaman di lokap Jinjang dan polis bagaimanapun tidak meneruskan tahanan reman terhadapnya hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.