Masyarakat Islam Tutup Aurat Bila Salji Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Dengan kedudukan geografi Malaysia yang berada berhampiran Garisan Khatulistiwa adalah mustahil untuk negara ini mengalami cuaca sejuk bersalji.

 

Namun ada yang berimaginasi salji akan turun juga di Kuala Lumpur dengan harapan cuaca sejuk itu nanti akan menggalakkan masyarakat Islam dari kalangan kaum hawa akan menutup aurat masing-masing.

 

“Aku harap sangat malaysia turun salji ke perubahan suhu ke. Sebab aku nak perempuan dekat luar sana tutup aurat sebab sejuk.

 

“Takkan (dah) sejuk pun nak pakai singlet kan?,” demikian petikan sinis yang dikongsikan oleh laman Facebook Friends Of BN semalam.

 

Terdahulu pengendali laman itu dalam statusnya menulis, “semoga lebih ramai yang menutup aurat bukan bila salji turun je.”

 

Ramai pengguna lain yang bersetuju dengan status tersebut dilihat berkongsi nasihat menggalakkan kaum hawa menutup aurat

 

“Nak tutup aurat bukan kerana sejuk. Tutup aurat itu hukumnya wajib. Apa pun kerana Allah bukan kerana terpaksa atau nak tunjuk-tunjuk,” komen Azeez Rashad.

 

Seorang pengguna lain pula menulis komen yang menarik tapi sedikit kontroversi apabila mengibaratkan wanita yang bertudung tapi umpama tandas tanpa dinding.

 

“Biarkan baju ketat pun, asalkan pakai tudung. Biarlah jamban tanpa dinding, asalkan ada atap,” tulis Dak Mie yang dipercayai menyindir segelintir wanita bertudung yang tampil berpakaian ketat dan seksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.